★ Follow | Dashboard ★


Hey,welcome to my blog.Keep Following me and i'll follow you.

★ Entry | About | Board | Credit ★


Being Thankful

Assalamualaikum wbt. Okayy. Hari ni memang taknak sembang pasal crush ke, SW1M ke, Lendu ke, pape jelah. Hari ni nak sembang pasal aku yang ohsem tiut miut ni. *tolong muntah kaler pelangi ek. HAHAHAA.
Berjutajuta hari sabtu lepas, result aku utk sem 2 dah keluar dan dan dan... Alhamdulillah. Walaupun bukan 4rata dan bukan dekan tapi aku amat bersyukur. Fyi, dekan UPM ni 3.75 keatas tau. Aku pun baru tahu. Kesian kan. 

Anyway, nampaknya usaha aku selama 16minggu ada hasilnya dan aku mampu utk tersenyum. Walaupun aku expect result aku lagi tinggi tapi result sekarang pun apa kurangnye. Mungkin ni satu sebab agar aku tingkatkan lagi usaha utk sem 3. Mungkin mungkin mungkin. Perancangan Allah swt, kita memang tak dapat nak jangka. Sesungguhnya perancanganNya maha sempurna. Kadangkadang bila kita duk dalam zon yang selesa, Dia datangkan ujian. Kadangkadang bila kita diuji, Dia berikan kita kemanisan bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian. Hidup, bukan selalu di atas dan bukan gak selalu di bawah. Jadi, jangan cepat putus asa sebaliknya teruskan berusaha. Yeayyy. Dengan tu, hidup akan lebih menyeronokkan. Tetiba je keluar mood Spongebob Squarepant.





Untuk peringatan kita bersama, setiap daripada kita mempunyai rezeki yang tersendiri. Yang membezakan kita samada rezeki tu datang cepat atau lambat, dalam kadar yang banyak atau sikit. Sesungguhnya Dia yang maha pemurah lagi maha pengasih. Dia tahu ape yang terbaik untuk kita.

Sebenarnya entri ni boleh dikatakan dah basi berkulat. Tapi biarlah. Nak post jugak. Nak post jugak. HAHAAAHAAA. *umi selalu marah bila anak daranya ketawa macam jantan. Tapi, inilah hakikatnya. 




Sekian.

Labels:


The Day
Assalamualaikum wbt.

Having a crush is what normal people do. Kadangkadang bukan suka sangat pun tapi tu memang dah naluri manusia yang normal. Gatal gedik. Dengan adanya crush, jalan cerita hidup kita akan always moving endlessly tu bagi yang setia dengan crush la. hikkkhookk. Aku pun manusia yang lebih kurang dua kali lima sama dengan manusia normal pun sedang pernah melalui saatsaat tu.

Crush bukan orang yang ohsemohsem je. Crush tu biasanya kita nampak bagai satu meteor atau tahi bintang yang terang dari bintangbintang lain yang menarik perhatian kita. Bintangbintang lain??. Abaikan. 

Blog akuyangsemalam ni sebenarnya banyak story morry aku yang duludulu. Sekarang ni pun aku nak cerita pasal kisah zaman aku mudamudi dulu. hahahaaa. Dulu, ada la sorang classmate aku ni, dia memang selalu je ceria. Bila dia tak datang kelas, suasana kelas pun akan serta merta jadi dull bagi aku la.  Kitorang memang rapat. Aku dengan dia rapat sangat. Sangat rapat. Rapat yg teramat sangat. Kadangkadang main basketball samasama, lepak samasama, tiru meniru homework, texting bendabenda yang nonsense. Hidup terus happening kalau ada dia.
Yeaahhh, it's impossible.

But.

But.

But.

Nothing is impossible for me. Okay. End.

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal benda ni pun. Crush?? Apakah?? So not me? ahakahakks. Bila dah banyak sgt merapu, aku mula lupa motif asal entri ni. Amnesia. Seingat aku, sebenarnya aku nak feeling ala ala sentimental hari ni, tapi agaknya tak jadi kot. Aku dah try nk dapatkan balik feeling tu, kemain banyak lagu emosi celaru haru biru yg aku dah dengar tapi nampaknya feeling tu mmg dah taknak datang kat aku dah. Kbai. Btw, tadi sambut birthday kawan aku. Ruru ngn Sabby kat Bukit Ekspo. Main telur tepung kopi tah pape. *bajet macam kanak kanak . BBNU. Hahahahahahahahaaaa. Syok gila. Lama dah hidup ni tak rasa syok macam ni kecuali saat saat aku menghirup Horlicks ais di siang hari yg panasnya menjentik kulitku yg senipis kulit bawang ni. Gituuuuuu. Perasaan tu mmg UMMMMPHHHHHH gilaaa.


Labels:


My Little Friendship
Assalamualaikum wbt. Yeahhh, i'm back *bajet cam hotstuff gituu. Well, aku perasan yg aku dah skip bulan October. Before ni mmg aku dah rancang nk update monthly memandangkn aku malas nk online blog. Intenet slow mmg berjaya merosakkn mood aku yg riang ria nk menaip taw. hahahaaaaa.
Hidup aku opcoz la penuh dgn bungabunga dan benihbenih cinta. Dan tentutentu lah ada gak ribut taufan segala angin ingin menyapa. Kadangkadang bila prlu menangis, then aku menangis sebakul dua. Bila prlu gelak, aku gelak dgn gembiranya. Hidup, pretty tough right. Org sekeliling mestilah tak tahu apa yg bergolak dlm hati kita. Kadangkadang ada jugak perkara yg prlu kita keep silent. 

Situasi ni pernah gak terjadi kat aku sendiri, maybe it was my fault on the first place. But, bila org yg aku sayang dah terasa hati ngn aku, aku lagi lah plus plus plus rasa bersalah. Menangis mmg dah tak guna klau dah sampai tahap gini. Kadangkadang perkataan pun tak dapat bantu. Even, i says i'm soooooo sooorry! Bila semuanya dah terjadi, mula lah kami berjauhan. Bila mula ada jarak antara kami, makin susah aku nk perbetulkn keadaan. Then, ada satu benda yg aku buat brjaya melembutkn hati dia. Lepas tu aku pun beranikan diri sembangsembang dgn dia balik,mintak maaf dan semuanya pun back to the normal. Drpd ni aku bljr bahawa mmg betul lah yg actions speak louder than words. Aku pun bljr yg ada sesetengah perkara tu mmg xprlu kita zahirkan kt org lain. 


By the way, buat klasmet aku yg brjaya stalk blog aku, the previous entry is truly nonsense. I repeat , THE PREVIOUS ENTRY IS VERY REALLY TRULY NONSENSE. Seriusly, korang harus percaya hahahahaa. Tetiba je aku rasa mcm aku ni bajet retis yang hidung tak mancung pipi terjojol jojol. 

Tamat sudah tintatinta kecik comel dari aku yg bajet ohsem ni. Aku harap korang dan opcoz lah aku sendiri takkan ulangi lagi pape je yg telah membuatkan kita semua kesal boleh kan?. Aku gak perasan yg entry aku kali ni mcm tak cukup nafas gituu. Bila aku baca balik entri yg aku cuba sampaikn ni, aku rasa lelah. Sebab tu, aku gak berharap agar korang tak mengalami asma, sakit ulu hati, pedih ulu hati, sakit jiwa dan perasaan masa baca entri mengarut ni kayyy? hahahahahahaaaaa gelakduapuluhlapanminit

Labels:


Older post / Newer post