Bila hidup tak seperti yang kita lakarkan, itu bermakna lakaranNya adalah lebih sempurna dan lebih baik.
Ehhh ehhh. mcm takde kaitan je. Takpelah. Okay. Sekarang ni aku terfikir pulak pasal citacita aku. HAHAHAAA. Aku percaya bahawa kita, yelahh, aku dan korang ada ber-zillion citacita. Dari saiz badan besar tapak tangan hinggalah saiz badan besar bapak unta, citacita kita berubah mengikut arus pemodenan dunia. Apsal ngn ayat aku ni. Sabar je lah. Mcm aku, sibuk je buat diri sendiri sbg contoh, dulu, masa aku kecikkecik comelcomel dulu, aku teringin nak jd polis. Aku syak mungkin sebab byk sgt tengok Gerak Gerak Gerak Khassss lalalaaalaa. Lepas tu, tetiba je rasa nak jd arkitek, sebab mereka yg jd arkitek ni pemes sgt kat kampung aku. Lepas tu pulak, lahaii, nak jd doktor sakit puan pulak. Ni gara gara pengaruh rakan sebaya. Ada kawan aku sorang tu, citacita dia nak jd doktor sakit puan, aku pun terikut ikut la. Bila pikir pikir balik HAHAHAAA. Ntah la. Then, masuk sekolah menengah, perasaan nak jd businesswoman pun muncul la. Sebabnya, aku suka tengok ayah aku. Ayah aku kerja sendiri, beliau Dental Supplier la lebih kurang. Dalam hati ni terdetik nak sambung perjuangan ayah. Hohoohoo. Kemain tinggi angan angan aku. Aku ingat tu lah citacita aku yg sebenar.
Tup tup, aku berubah hati, nak jd veterinar pulak. Lepas SPM, aku dpt tawaran sambung belajar kat UPM, Asasi Sains Pertanian (Batch 8). Asasi ni mcm asasi sains, ada biologi, fizik, kimia, math dan yg paling special nya, kitorang belajar subjek pertanian. Setiap kali aku cerita pasal asasi aku je, aku terdorong utk bg explanation. Hahaaa. Sebab nya, bila aku cakap aku ni pelajar asasi sns pertanian, diorang mesti ingat aku nak jd petani. Well, PETANI yang dalam bidang pertanian tu lahh. Petani. Walhalnya, kami pelajar asasi sns pertanian ni boleh sambung pengajian dalam segala bidang. Tak kira la course medicine, veterinary, engineering, chemical engineering, agricultural, language. Anything.
Ehhh. Tak habis lagi pasal citacita ni. Sekarang ni aku masih budak asasi lagi, habis bulan Mei nnti. Lepas mengharungi pahit getir hidup sbg budak asasi slama stengah tahun, aku sedar realitinya aku tak boleh nak stay dgn citacita nak jd veterinar. Pointer tak cukup stabil. huwaaaaa. Nak ambik course vet paling eloknya kena dpt pointer 3.75 ke atas. Hahaaahaa. Then, aku terdetik nak jd pakar forensik. Buat masa sekarang, tulah citacita aku. Tapi, aku diberitahu yg forensik takde kat UPM ni. Lahaiii. Nampak gayanya, citacita aku aku berubah lagi la. Begitulah kisahnya. Tapi, kalau betul lah aku mmg ditakdirkan utk jd pakar forensik, aku mungkin akan sambung degree kat tempat lain. In Shaa Allah. Amin~