Follow | Dashboard


Hey,welcome to my blog.Keep Following me and i'll follow you.

Entry | About | Board | Credit


Andai Lelaki Tahu

Andai lelaki tahu..
Apabila seseorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya namun lelaki itulah segala-gala di hatinya 

Andai lelaki tahu..
Apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata , ia bukan bermakna dia lemah ,tetapi dia mencari kekuatan untuk terus mencintai lelaki itu

Andai lelaki tahu..
Apabila seseorang perempuan itu marah , memang dia tidak mampu menahan perasaannya , tetapi percayalah itu bermakna dia amat mengambil berat 

Andai lelaki tahu..
Apabila seseorang perempuan menjadi lebih cerewet , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat lelaki itu rimas , tetapi dia mahu untuk dikenali dengan lebih dekat

Andai lelaki tahu..
Apabila seseorang perempuan mahu lelaki berubah , itu bukan bermakna dia tidak menerima lelaki itu seadanya namun dia mahu lelaki itu menjadi lebih baik , bukan untuk dirinya , tetapi demi masa depan lelaki
Image Detail
Andai lelaki tahu..
Apabila seseorang perempuan cemburu dan bersikap tidak percaya ,bukan bermakna dia tidak sayang , tetapi dia terlalu sayang dan ingin memberikan sepenuh perhatian

Andai lelaki tahu..
Apabila seseorang perempuan merajuk , dia bukan hanya mengada-ngada tetapi dia mahukan perhatian dan pujukan

Andai lelaki tahu..
Apabila seseorang perempuan mengatakan lelaki lain lebih baik , dia hanya ingin menguji dan melihat sejauh mana lelaki itu mencuba untuk menjadi yang terbaik untuknya

Andai lelaki tahu..
Apabila seseorang perempuan berkasar , dia bukan bermaksud untuk melukai tetapi dia mahu tahu sejauh mana kesabaran lelaki itu terhadap dirinya

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah swt menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri . Tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu dijadikan oleh Allah swt dengan indah sekali . Sesungguhnya merekalah hiasan dunia . Disebalik air matanya , tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki merasa selamat bersamanya . Biarpun tampak lemah , tetapi dengan kesabaran dan ketabahannya mampu melemahkan lelaki .
Image Detail
Sungguh bahagia menemukan cinta sejati . Ibarat tasbih dengan benang pengikatnya . Teraju yang selalu disentuh satu demi satu . Sama-samalah kita menyebarkan kata-kata indah .

Labels:


Older post / Newer post